Selasa, 20 Januari 2015

DIARI KECEMERLANGAN SEKOLAH AGAMA SERI BUGIS



Pontian. Julai 2013.
Sekolah  Agama  Seri Bugis diumumkan sebagai  Sekolah Agama terbaik
Parlimen Pontian apabila muncul sebagai sekolah yang dapat mengekalkan
prestasi  kelulusan 100 % Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) selama empat
tahun berturut-turut semenjak 2009. Selain ucapan tahniah, Ahli Parlimen
Pontian YB Datuk Hj Ahmad  bin Hj Maslan menyampaikan sijil penghargaan
dan hadiah wang tunai kepada Badan Kebajikan Sekolah Agama Seri Bugis
sebanyak RM 1000. Majlis Program Anugerah Sekolah Cemerlang Parlimen
Pontian 2012 tersebut  berlangsung di Sekolah Menengah Ayer Baloi, Pontian.

***


Keputusan  Peperiksaan SDEA  2013
GPS Sekolah : 2.33
Lulus             : 100 %
Layak ke Darjah Khas Sekolah Agama Kerajaan Johor : 100 %

***


Benut, Pontian - 12 Januari 2015.
Syabas dan tahniah !.
Berkat  usaha dan kesungguhan calon-calon peperiksaan, pelajar, guru-guru,
ibu bapa dan warga Sekolah  Kebangsaan  Seri  Bugis maka sekali lagi
Sekolah Agama Seri Bugis memperoleh kejayaan 100 %  dalam keputusan
Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) tahun 2014.
Dengan GPS 2.13 pencapaian ini melakar sejarah enam (6) tahun                                                                 berturut-turut kelulusan 100 %  bagi Sekolah Agama Seri Bugis.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan