Selasa, 20 Januari 2015

SEJARAH DAN LATARBELAKANG SEKOLAH AGAMA SERI BUGIS


Sekolah Agama Seri Bugis  mula ditubuhkan pada tahun 1955.
Berasal dari status sekolah rakyat yang  ditubuhkan
hasil permaufakatan penduduk Kampong Parit Makuaseng,
Kg Parit Wak Jabir Laut dan Kg Tampok Laut Lapis, sekolah
ini ditubuhkan dengan menumpang bangunan Sekolah Melayu
Seri Bugis Benut yang ditubuhkan pada tahun 1951.
Ketika awal penubuhan, masyarakat mengenali sekolah ini
dengan gelaran 'Sekolah Kitab' atau 'Sekolah Quran'.






Hutan bakau Sungai Tampok, berhampiran 
kampong Parit Makuaseng.









Bangunan lama Sekolah Kebangsaan Seri Bugis yang jadi sekolah tumpang Sekolah Agama Seri Bugis.











Pandanga hadapan bangunan lama Sekolah Kebangsaan Seri  Bugis .








Jalan perhubungan ke sekolah ketika itu agak sukar.
Jalan tanah liat tanpa berturap ke sekolah ini sering  digenangi
air apabila hujan lebat bersaingan dengan jadual air pasang
kerana  lokasinya yang berhampiran dengan laut Selat Melaka.
Memandangkan situasi tersebut penduduk setempat sepakat
mengumpul yuran dan derma ikhlas bagi tujuan meringankan
beban tugas guru yang bertugas ketika itu.









Rumah adat masyarakat kaum bugis
tahun 1950an.

 





Perkataan "Seri" pada nama sekolah terbit dari zaman awal
penubuhan sekolah berdasarkan nama Pengelola Sekolah-sekolah
Daerah Batu Pahat, Syed Esa bin Alwee. Beliau merupakan individu
yang menggalakkan orang-orang melayu menubuhkan sekolah
rakyat di dalam dan luar bandar agar orang-orang melayu mendapat
pendidikan formal ketika itu. Gelombang kesedaran tersebut disambut
oleh para pemimpin setempat melalui garis panduan dan cadangan
yang diberi nama  Syed Esa Rural Institut  atau singkatannya SERI.
Perkataan "Bugis" pula diberi merujuk pada majoriti masyarakat setempat
yang terdiri dari kaum bugis.





Rujukan : 
- Penduduk Setempat
- PAC  Pontian
  http://pontian.pjl.com.my/pendidikan.htm
http://www.landscapeindonesia.com/upload-image/jawa/karimun-jawa/rumah-adat-bugis-78




VISI, MISI, LENCANA SEKOLAH AGAMA SERI BUGIS



VISI


 ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP 

MISI


 Menjadikan Jabatan Agama Johor sebagai satu agensi sosial
terunggul melalui usaha dari aktiviti yang berterusan serta menyeluruh
dalam pembentukan individu yang sentiasa berpegang teguh kepada
ajaran Islam seluruhnya bagi melahirkan sebuah masyarakat yang 
berketrampilan, harmoni, dinamik, cergas, cerdas, berdaya saing, 
bersatupadu, berakhlak mulia dan memiliki jatidiri unggul 
sebagai pemangkin  kepada kesejahteraan ummah dan negara



Bintang bucu 11 ( 8  di luar dan 3 di dalam )
melambangkan 5 rukun Islam dan  6 rukun Iman  yang menjadi panduan dan pegangan umat Islam.


Bulan dan bintang
lambang Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia
dan menjadi titik tolak perjuangan memertabatkan Islam sebagai 1 cara hidup.


Segala usaha sedang dilakukan untuk menyiapkan halaman
ini. Sehubungan itu sidang editorial memohon maaf dan akan
terus berusaha merealisasikan kejayaan halaman ini....

SEGALA KESULITAN AMAT  DISESALI

>>
>>>>>


USTAZ & USTAZAH BERTUGAS



TN HJ ADI WIJAYA BIN ISKANDAR

Jawatan  Sekarang            :  Guru Besar
Tarikh Mula berkhidmat    :      1 Febuari 1987
Tarikh mula berkhidmat
di Sek Agama Seri Bugis   : 1 Ogos 2012
Tarikh Persaraan               :  7 Ogos 2026
Senarai Tugas                    :
                            - Setiausaha Badan Kebajikan Sek Agama Seri Bugis
                            - Pengerusia Panitia Sekolah


                         PN  SHARIPAH  BTE  JAILANI

Jawatan  Sekarang            :  Guru Penolong Kanan 1 (GPK 1)
Tarikh Mula berkhidmat    :  1 Febuari 2001
Tarikh mula berkhidmat
di Sek Agama Seri Bugis   :  8 Mac, 2012
Tarikh Persaraan               :  18 Febuari 2039
Senarai Tugas       :
                            - Guru Keselamatan Sekolah
                            - Setiausaha Peperiksaan Sekolah
                            - Guru Inventori
                            - Guru Peti besi dan Kunci Sekolah
                            - Guru  Kurikulum
                            - Guru  Penyelaras Panitia
                            - Guru  Pusat Sumber


PN HJH BAHERIAH  BINTI  HJ TALIB

Jawatan  Sekarang            :  Guru  Penolong
Tarikh Mula berkhidmat    :  5 Januari 1993
Tarikh mula berkhidmat
di Sek Agama Seri Bugis   :  2 Febuari 2007
Tarikh Persaraan               :  16 Oktober 2016
Senarai Tugas       :
                            - Guru  SUWA
                            - Guru  Ko-Kurikulum
                            - Guru  Nadi Ansar
                            - Guru  Kelab Nasyid
                            - Guru  Kelab Berzanji
                            - Guru  kelab Multimedia
                            - Guru  Penyelenggara Peti cadangan Sekolah


PN ROSLINA BINTI MESDI

Jawatan  Sekarang            :  Guru Penolong
Tarikh Mula berkhidmat    :  4 Januari 1994
Tarikh mula berkhidmat
di Sek Agama Seri Bugis   :  14 Jun 2006
Tarikh Persaraan               :  15 Julai 2025
Senarai Tugas       :
                            - Guru Skim Wakaf  Kitab
                            - Guru SMP
                            - Guru Pengawas
                            - Guru  Disiplin
                            - Guru  Pendaftaran dan Perpindahan Murid
                            -  Guru Kebersihan
                            - Guru  Keceriaan Sekolah
                            - Guru  Kebajikan Murid
                            - Guru  Skim Pinjaman Kitab (SPK)
                            -  Guru Sistem Maklumat Pelajar (SMP)



JASAMU DIKENANG : GURU-GURU BESAR SEKOLAH AGAMA SERI BUGIS

TERIMA KASIH  USTAZ - USTAZAH

Jasa mu kami kenang, budi mu kami ingati, pesanan mu kami tunaikan ...


BIL
NAMA GURU BESAR
TEMPOH
1
Tuan Hj Zakaria bin Haji Nawawi
1955 - 1960
2
Tuan Hj Misbah Bin Haji Warijo
1960 - 1970
3
Tuan Hj  Mashod Bin Haji Omar
1970 - 1980
4
Tuan Hj  Ali Bin Haji Welang
1980 - 1993
5
Tuan Hj Salamon Bin Ahmad
1993 - 1996
6
Tn Hj Mohd Fauzi bin Hj Mohd Amin
1996 - 2001
7
Puan Hjh Masek binti Abdul Fatah
2001 - 2003
8
Puan Hjh Bidah binti Atan
2003 - 2007
9
Puan Nyaman binti Mohd Tahir
2007 - 2009
10
Puan Hjh Masek binti Penachok
2009 - 2010
11
Puan Hjh Rosnah Binti Yusof
2010 - 2013
12
Tuan Hj  Adi Wijaya bin Iskandar
2013  -




BERITA PEMBANGUNAN SEKOLAH AGAMA SERI BUGIS



YB Dato' Hj Ahmad bin Hj Maslan, Timbalan Menteri Kewangan
umum cadangan pembinaan bangunan baru Sekolah  Agama Seri Bugis.
Sila lawat :
http://www.ahmadmaslan.com/2012/05/sembilan-lagi-sekolah-agama-baru-di.html

http://www.sinarharian.com.my/edisi/sembilan-sekolah-agama-baru-sedang-dan-akan-dibina-di-parlimen-pontian-1.50368

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Johor/20120529/wj_05/Sembilan-lagi-sekolah-agama-baru-di-Pontian




DIARI KECEMERLANGAN SEKOLAH AGAMA SERI BUGIS



Pontian. Julai 2013.
Sekolah  Agama  Seri Bugis diumumkan sebagai  Sekolah Agama terbaik
Parlimen Pontian apabila muncul sebagai sekolah yang dapat mengekalkan
prestasi  kelulusan 100 % Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) selama empat
tahun berturut-turut semenjak 2009. Selain ucapan tahniah, Ahli Parlimen
Pontian YB Datuk Hj Ahmad  bin Hj Maslan menyampaikan sijil penghargaan
dan hadiah wang tunai kepada Badan Kebajikan Sekolah Agama Seri Bugis
sebanyak RM 1000. Majlis Program Anugerah Sekolah Cemerlang Parlimen
Pontian 2012 tersebut  berlangsung di Sekolah Menengah Ayer Baloi, Pontian.

***


Keputusan  Peperiksaan SDEA  2013
GPS Sekolah : 2.33
Lulus             : 100 %
Layak ke Darjah Khas Sekolah Agama Kerajaan Johor : 100 %

***


Benut, Pontian - 12 Januari 2015.
Syabas dan tahniah !.
Berkat  usaha dan kesungguhan calon-calon peperiksaan, pelajar, guru-guru,
ibu bapa dan warga Sekolah  Kebangsaan  Seri  Bugis maka sekali lagi
Sekolah Agama Seri Bugis memperoleh kejayaan 100 %  dalam keputusan
Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) tahun 2014.
Dengan GPS 2.13 pencapaian ini melakar sejarah enam (6) tahun                                                                 berturut-turut kelulusan 100 %  bagi Sekolah Agama Seri Bugis.





DIARI USTAZ DAN USTAZAH SEKOLAH AGAMA SERI BUGIS


Foto Guru Besar ketika mengikuti kursus Audit Kerajaan Negeri di Hotel Selesa, Johor Bahru
bersama Guru Besar Sekolah Agama Benut.


Kursus Pengurusan Sekolah di Institut Aminudin Baki, Genting Highland 
bersama  Guru-Guru Besar sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor.


Guru Besar menghadiri Majlis Hol Sultan 
di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru


Perbincangan berkenaan  pembangunan sekolah bersama Ustaz Azhari bin Basiron 
di Hotel Seri  Malaysia, Johor Bahru.


Segala usaha sedang dilakukan untuk menyiapkan halaman
ini secepat mungkin. Justeru  semua pihak diminta bersabar
untuk menunggu siapnya halaman ini....

SEGALA KESULITAN AMAT  DISESALI

>>
>>>>>