Sekolah Agama Seri Bugis mula ditubuhkan pada tahun 1955.
Berasal dari status sekolah rakyat yang ditubuhkan
hasil permaufakatan penduduk Kampong Parit Makuaseng,
Kg Parit Wak Jabir Laut dan Kg Tampok Laut Lapis, sekolah
ini ditubuhkan dengan menumpang bangunan Sekolah Melayu
Seri Bugis Benut yang ditubuhkan pada tahun 1951.
Ketika awal penubuhan, masyarakat mengenali sekolah ini
dengan gelaran 'Sekolah Kitab' atau 'Sekolah Quran'.
Hutan bakau Sungai Tampok, berhampiran
kampong Parit Makuaseng.
Bangunan lama Sekolah Kebangsaan Seri Bugis yang jadi sekolah tumpang Sekolah Agama Seri Bugis.
Pandanga hadapan bangunan lama Sekolah Kebangsaan Seri Bugis .
Jalan perhubungan ke sekolah ketika itu agak sukar.
Jalan tanah liat tanpa berturap ke sekolah ini sering digenangi
air apabila hujan lebat bersaingan dengan jadual air pasang
kerana lokasinya yang berhampiran dengan laut Selat Melaka.
Memandangkan situasi tersebut penduduk setempat sepakat
mengumpul yuran dan derma ikhlas bagi tujuan meringankan
beban tugas guru yang bertugas ketika itu.
Rumah adat masyarakat kaum bugis
tahun 1950an.
Perkataan "Seri" pada nama sekolah terbit dari zaman awal
penubuhan sekolah berdasarkan nama Pengelola Sekolah-sekolah
Daerah Batu Pahat, Syed Esa bin Alwee. Beliau merupakan individu
yang menggalakkan orang-orang melayu menubuhkan sekolah
rakyat di dalam dan luar bandar agar orang-orang melayu mendapat
pendidikan formal ketika itu. Gelombang kesedaran tersebut disambut
oleh para pemimpin setempat melalui garis panduan dan cadangan
yang diberi nama Syed Esa Rural Institut atau singkatannya SERI.
Perkataan "Bugis" pula diberi merujuk pada majoriti masyarakat setempat
yang terdiri dari kaum bugis.
Rujukan :
- Penduduk Setempat
- PAC Pontian
http://pontian.pjl.com.my/pendidikan.htm
- http://www.landscapeindonesia.com/upload-image/jawa/karimun-jawa/rumah-adat-bugis-78